widget

Thursday, November 25, 2010

Aktiviti Pengajaran


Isipadu merupakan salah satu topic yang terdapat dalam sukatan tahun dua.Suatu  konsep yang sistematik akan dapat membantu murid dalam mempelajari topik pengukuran isipadu cecair dengan lebih berkesan. Untuk Mengajar topik Isipadu Cecair dengan berkesan, anda perlu tahu mengenai beberapa aspek tentang pengukuran.Isipadu cecair merujuk kepada kandungan cecair yang terdapat dalam sesuatu bekas atau alat penyukat cecair yang digunakan dalam bentuk piawai yang sebenar ataupun tidak. Cecair yang disukat di dalam bekas contohnya menggunakan botol, baldi, cawan, gelas, dan sebagainya.Cecair yang disukat dalam alat penyukat pula seperti di dalam tabung uji, silinder penyukat, bikar penyukat dan sebagainya.
                                                     contoh bahan untuk menyukat
                                                                       
Kandungan cecair boleh disukat dengan menggunakan alat bukan piawai sebenar dan alat piawai sebenar. Alat bukan piawai sebenar biasanya diperbandingan seperti kurang, lebih atau sama.Alat piawai sebenar pula ialah penggunaan sistem metrik iaitu menggunakan sukatan mililiter(ml) atau pun liter (l).

Mengenalpasti ciri isipadu cecair
  • perbandingan terus mengenai isipadu cecair
  • tidak langsung perbandingan isipadu cecair melalui rujukan
  • mengenalpasti alat yang tidak standard untuk mengukur isipadu cecair
  • mengukur isipadu cecair dengan menggunakan alat pengukur yang tidak standard
  • memperkenalkan alat mengukur yang standard untuk isipadu cecair
  • mengukur isipadu cecair dengan menggunakan alat mengukur yang standard.

KEKELIRUAN / SALAH KONSEP

Kekeliruan murid yang utama ialah semasa menyukat dan membanding isipadu cecair iaitu bila murid membanding dengan menggunakan bekas yang berlainan daripada segi saiz dan bentuk bekas yang digunakan.Bagi memastikan kekeliruan ini guru boleh menyuruh murid perhatikan pelbagai bekas dan alat yang digunakan untuk aktiviti di dalam kelas.Cara yang berkesan ialah melalui pengalaman murid itu sendiri seperti aktiviti di sekitar rumah atau sekolah dan diaplikasikan di dalam bilik darjah.


Pelbagai bahan dan bekas boleh di bawa ke kelas dan guru boleh memulakan dengan menunjukkan kepada murid cara membanding bezakan isipadu cecair menggunakan bekas yang sama atau berbeza. Aktiviti ini dijalankan seperti ditunjukkan pada dua contoh alat Bantu mengajar yang disediakan dan rancangan pengajaran berikutnya


Aktiviti

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Aktiviti pelajar aras tinggi
Kemahiran     :  Mengukur  dan Membandingkan  Isipadu Cecair
Aktiviti 1         :  Menggunakan unit bukan piawai dan unit piawai.
(a) Dengan Unit Bukan Piawai
Hasil Pembelajaran   :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit bukan piawai dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar   :
Paparan video, bekas yang pelbagai bentuk dan saiz, sebaldi air, botol, jag.
Langkah-langkah      :
Set Induksi  - Menayangkan tayangan video tentang isipadu,  guru menyoal murid tentang tayangan video. Murid menyatakan peralatan lain untuk menyukat isipadu dan menamakan bekas-bekas berkenaan.
2. Bahagikan murid kepada lima kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
3.  Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
4. Setiap kumpulan akan merekodkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi air dalam setiap bekas dalam borang yang diedarkan.
5.  Murid juga dibimbing membuat anggaran seperti separuh penuh, penuh dan kosong.


Contoh
Stesen
Bekas (Lukis atau tuliskan jenisnya)
Isipadu air yang diperlukan
A
Baldi
35 cawan air

B

6 cawan air









C

Botol minuman







4 cawan air


D






3 cawan air


Contoh Lembaran Kerja
Tuliskan bacaan pada selinder penyukat berikut ;


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( Murid aras rendah )
Matapelajaran : Matematik
Tahun : 2
Topik : Isipadu Cecair
Sub Topik : Menyukur isipadu cecair

Langkah Pengajaran

1.Guru menyediakan tiga bekas yang berlainan iaitu mangkuk, botol dan cawan yang dilabelkan sebagai A, B, dan C. Tiga buah bikar yang sama besar juga dilabelkan dengan A, B dan C.
2.Guru meminta murid membuat tekaan sebelum menjalankan aktiviti ini. Soal jawab.
Cuba teka bekas mana yang dapat mengisi paling banyak air ?
3.Guru membimbing murid memasukkan air ke dalam mangkuk, botol dan cawan sehingga penuh.
4 Setelah itu, guru meminta murid menuangkan air daripada mangkuk ke dalam bikar A, air daripada botol ke dalam bikar B dan air daripada cawan kedalam bikar C.
5.Minta murid memperihalkan isipadu air berdasarkan pemerhatian mereka.
Apakah yang kamu dapat lihat ?
6. Bimbing murid, bahawa bekas yang lebih besar dapat mengisi lebih banyak isipadu air.




Jenis bahan
Bilangan  sukatan yang dapat di masukan










Penutup
Kesimpulannya, dengan bantuan alat atau bahan bantu mengajar (BBM) serta aktiviti yang bersesuaian dengan aras pencapaian murid khususnya yang lemah akan dapat memperbetulkan tanggapan oleh ramai  murid bahawa bekas atau bahan yang mempunyai paras air yang tinggi mempunyai kapasiti (isipadu cecair) yang banyak.
           Di samping itu, guru juga haruslah mengambil kira aspek pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan lebih menarik. Aktiviti yang berpusatkan murid dan bahan juga adalah amat digalakkan dalam membentuk pengalaman yang bermakna dalam diri murid seterusnya dapat membentuk nilai kerjasama terutamanya dalam melakukan aktiviti yang melibatkan kerjasama antara ahli dalam kumpulan.


























No comments: